Thursday, 7 January 2021

Sumbangan dari Surau Sony Perai.

 Assalamualaikum,

Bertempat diperkarangan surau Kampung Ulu Bakai, Majlis penyerahan sumbangan oleh NGO dari Sony Perai kepada penduduk kampung yang memerlukan telah diadakan pada 24/12/2020. Seramai 41 orang penerima yang layak menerima sumbangan tersebut. Allahamdulilah sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang di tanggung mereka.

Bergambar bersama JPKK dan NGO Sony Perai




Ucapan oleh Pengerusi NGO terbabit

Barangan yang akan disumbangkan




Friday, 24 August 2018

Raya Korban 2018

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zuljijjah pada setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil hari Tasyrik.

Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan nabi ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya nabi ismail a.s dalam memenuhi perintah allah swt.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan hari tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Bagi warga kampung ulu bakai-sebanyak 6 ekor lembu dengan penyertaan seramai 42 orang pada tahun ini. Agihan daging korban telah di edarkan kepada seluruh penduduk kampung ulu bakai.


Thursday, 15 March 2018

Pemasangan Paip Baharu.

Assalamualaikum,

Kerja-kerja memasang paip air masyarakat yang baharu sedang giat di jalankan.


Saturday, 11 November 2017

Gotong Royong Perdana di Lata Bukit Hijau.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Suatu ketika dahulu Hutan Lipur Lata Bukit Hijau menjadi tempat masyarakat setempat mahupun dari luar menjadi tempat beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Kehadiran virus kencing tikus beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan pengunjung menjauhkan diri dari berkunjung ke sini.

Pada 9hb. Nov.2017 satu gotong royong perdana telah diadakan bagi membersih kawasan semak samun yang telah lama terbiar. Terima kasih patut di ucapkan kepada Majlis Daerah Baling dengan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan yang lain serta penduduk setempat menjayakan program tersebut. Keceriaan Hutan Lipur Lata Bukit Hijau kini kembali mengamit pengunjung.