Thursday, 19 October 2017

Gotong Royong Membaiki Jalan dan Bubur Asyura.

18-Okt-2017 (Sabtu),

Sempena cuti Deepavali kami di Kampung Ulu Bakai mengambil kesempatan mengadakan program gotong royong membaiki jalan yang rosak dan menyediakan bubur asyura. Allahamdulilah program yang di anjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Masjid ini mendapat sambutan daripada anak-anak kariah.

Dalam program ini di bahagikan kepada dua kumpulan di mana kaum wanita menyediakan bubur asyura sebanyak 3 kawah dan kaum lelaki membaiki jalan-jalan kampung yang rosak.
Anak-anak kariah mula berkumpul di perkarangan Masjid.

Kelihatan semakin ramai membanjiri perkarangan masjid.
Sarapan pagi di sediakan.
Sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti pada pagi ini.
Persiapan menyediaka bubur Asyura di mulakan.
Taklimat membaiki jalan di mulakan.
Pemyediaan bubur asyura di mulakan dengan 3 kawah oleh kaum wanita di bantu oleh kaum lelaki.
Orang-orang kuat ni, setakat 1 kawah apa la sangat kan..kiki
Paksu Aziz di bantu oleh Fikri mengacau bubur asyura.
Kaum wanita yang handir bagi menjayakan program ini.
Bersedia menjalankan tugas membaiki jalan.
Menampal jalan yang rosak di mulakan.
Kerja yang berat menjadi ringgan jika semua berkerjasama menjayakannya.
Anak-anak muda juga turut menjayakan program pada pagi ini.
Kerjasama dari tenaga muda sangat di perlukan.
Warga lama dan warga muda berkerjasama bagi menjayakannya.
Menmbaiki salah satu jalan yang rosak.
Menampal jalan yang rosak teruk.
Antara jalan utama ke Sekolah Rendah.
Sebanyak 2 lori batu di perlukan bagi meratakan tepi-tepi jalan.
Antara masyarakat kampung yang mengambil bahagian.
Meletakan batu di tepian jalan supaya sama tinggi dengan jalan tar.
Berhenti rehat sebentar sementara menunggu lori ke2 tiba.
Antara tenaga muda yang hadir.


Monday, 2 October 2017

Gotong Royong Membaikpulih Rumah.

24-Sept-2017 (Ahad),

Gotong royong bagi membaikpulih rumah En. Wan Hadari bin Jusoh telah berjaya di adakan. Beliau mendapat bantuan sebanyak RM8 ribu bagi membaikpulih rumah beliau.

Dalam gotong royong tersebut telah menyiapkan plaster dinding, bilik, pintu dan menukar bumbung rumah yang telah rosak.
Keadaan sebelum membaikpulih.
Sebelum membaikpulih di laksanakan.
Penduduk bergotong royong menyiapkan plaster dinding rumah.
Plaster dinding
Siap di plaster
dinding yang telah siap di plaster.

Program Ziarah Kasih Ahli Parlimen Baling.

23-Sep-2017 (Sabtu),

Program Ziarah Kasih Ahli Parlimen Baling, YB. Datuk Paduka Abdul Azeez Rahim telah di adakan di perkarangan Masjid kampung ulu bakai.

Dalam program tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai RM50 kepada 213 buah keluarga.
Ucapan alu-aluan dari pada Pengerusi JKKK, En. Mohamad Rejab bin Jusoh.
YB. Datuk Paduka Abdul Azeez Rahim menyampaikan ucapan.
YB. Datuk Paduka Abdul Azeez Rahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit.
Barangan sumbangan di turunkan dari lori.